Glitter Words

Wednesday, October 27, 2010

Botox® ... pengunaannya HALAL atau HARAM?

Botox® nama kormesilnya atau nama generiknya ialah Botolinum Toxin A.
Muzakarah majlis fatwa kebangsaan kali ke-74 bermula pada 25 hingga 27 Julai 2006 telah memutuskan bahawa suntikan Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya Botox adalah haram digunakan kerana ia didapati mengandungi bahan-bahan yang meragukan dan bersifat najis.




apa sebenarnya botox tau botulinum toxin ia dihasilkan oleh Clostridium Botulinum sejenis bacteria yang sememang terkenal dengan NUEROTOXIN. Pada masa dahulu ia digunakan untuk penghasilan produk makanan yang berasaskan daging contohnya pembuatan sosej dimana ia akan melembutkan daging daging keras dan senang untuk membentuk menjadi sosej dan burger.


Seperti dimaklumkan oleh Majlis Fatwa pengunaannya Haram selain DARURAT.


Contoh Keadaan DARURAT ialah:  

  1. strabismus (squint) "mata tak sama"
  2. blepharospasm "penyakit selalu berkelip mata setiap saat mesti berkelip"
  3. cervical dystonia (torticolis) "penyakit keras tengkak"
  4. upper motor neuron syndrome contohnya ceberal palsy with spasticity, stroke, parkinson, dan multiple sclerosis
  5. severe hyperhidrosis "penyakit kuat berpeluh dok dalam aircond pon berpeluh"
  6. Achalasia "otot salur makanan tersepit kecil"
  7. hyperactive bladder "biasa dalam budak kecik yang selalu nak kecing"
strabismus
Torticolis
Ceberal Palsy with Spasticity

Kosmetik macam mana??... HARAM
Pengunaan BOTOX dalam kosmetik dari segi hukum islam ia adalah haram, kebanyakkan agama pon melarang mengubah kejadian manusia itu sendiri. Disamping itu juga ia masih tidak HALAL kerana ada beberapa bahan dalam kandungan itu sendiri meragukan.

Diharap anda semua faham yerk...

ps:// kat kelantan ramai pakai botox ...esp mak mak datin.. sapa bukak klinik nih kaya wooo




No comments:

Post a Comment