Glitter Words

Monday, November 15, 2010

Bolehkah anda mengugurkan bayi?...... :(

Lama tak menulis blog nih. Saya gi Melaka pergi kursus Ultrasound. Memang interesting, menarik. Tapi kat sini saya nak kongsi ngan anda semua ngan satu kisah. Single Mother 17 years old jumpa saya untuk mengugurkan bayi 3 bulan dalam kandungan akibat ketelanjuran dengan BOYA-PREN huh... Aku terus merah muka dan marah kat dia dengan ilmiah. Adik kat Malaysia nih, kita ada undang undang kita tidak boleh menguggurkan Bayi Sesuka Hati.

Fasal 312 dan 314 adalah undang undang melindungi bayi di dalam kandungan.

Fasal 312
sesiapapun yang sengaja menyebabkan keguguran seorang wanita akan dihukum penjara 3 tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali dan sekiranya mempercepatkan kelahiran akan dihukum sekurang kurangnya selama 7 tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali


JIKA anda wanita yang cuba mengugurkan anak tetapi anda tidak berjaya dan mengalami komplikasi akibat penguguran tersebut. ANDA JUGA TERMASUK DALAM FASAL DIATAS

FASAL ini tidak boleh dipakai kepada Pakar Perubatan dibawah akta perubatan 1971 kepada sesiapa yang memberhentikan kehamilan seorang wanita dan dia mempunyai penjelasan yang munasabah yang menyebabkan risiko kepada kehidupan wanita itu

ALASAN YANG BOLEH MENGUGURKAN ANAK DI MALAYSIA
-Untuk menyelamatkan kehidupan wanita tersebut ( Ya ). -jika menyebabkan kematian (PAKAR O&G)
-Untuk melindungi kesihatan fizikal wanita tersebut (Ya). -jika menyebabkan komplikasi yang teruk (PAKAR O&G)
-Untuk melindungi kesihatan mental wanita tersebut (Ya).- jika menyebabkan memurungkan (PAKAR O&G DAN PSY)
-Di rogol atau sumbang mahram (Tidak)
-Fetus abnormal (Tidak)
-Alasan ekonomi atau sosial (Tidak).
-Terdapat dalam permohonan (Tidak).


UNTUK MAKLUMAT SEMUA ITU ADALAH DOC HOSPITAL. DOC KLINIK SWASTA TIDAK SAH. MAKA JIKA TERTANGKAP DOC KLINIK KLINIK TUH SEKALI HARUNG MASUK MAHKAMAH DAN AKAN PENJARA MENGIKUT FASAL 314

ps:// huhu budak zaman sekarang nih MAIN pandai JAGA tak pandai ....

Saturday, November 6, 2010

Quinsy ... tonsil adakah sama?

Selalu kita dengar pasal tonsil bengkak. Jumpo doctor, dia kate tonsil bengkak, tonsil merah ... ape ke benda tuh?. Tonsil adalah satu tisu yang terbentuk sebagai satu sistem mekanisme pertahanan dalam badan kita untuk melawan kuman esp kuman kuman dari makanan dan udara.Tonsil kita terbahagi kepada 4
  • adenoids
  • tubal
  • palantine
  • lingual

dan semua tonsil itu membentuk satu jaringan dipanggil Waldeyers's ring.

Secara normalnya tonsil ini akan membesar sampailah seseorg itu masuk peringkat purberty "matang" dan ia akan mengecil mengikut saiz badan seseorg itu sendiri.


Apabila berlaku inflamasi pada tonsil. Kita akan panggil dia Tonsilitis. Kebiasaan ia disebabkan oleh virus dan bacteria. Simptoms yang anda akan alami ialah:
  • tonsil menjadi merah dan membesar
  • sakit dan bengkak pada tekak
  • keputihan pada tonsil
  • bernafas busuk
  • sakit masa menelan makanan
  • sentiasa muntah apabila cuba makan
  • batuk selsema
  • demam terketar ketar
  • sakit kepala
  • mata berair
  • tersumbat hidung
kenapa tonsil bengkak?. Ini disebabkan tonsil sebagai filter untuk badan anda dari kuman bakteria dan virus. Apabila kuman ini masuk kebadan melalui hidung dan mulut ia akan memasuki tonsil dan pada masa ini tonsil anda bertindak menyerang kuman kuman tersebut dan menjadi inflamasi dan seterusnya membengkak.
RAWATAN
  • ANTIPYRETIC "DEMAM"- PCM, IBUPROFEN  (good enough)
  • ANTIBIOTIC - the best is AUGMENTIN, tapi leh gak pakai Amoxycilin, EES, Cephalexime
  • SORE THROAT - DEQ Lozenges, Diflam gargle, tak pon amik jer strepssil yang warna purple muda..
  • RUNNING NOSE - pakai yang cikai PIRITON pon ok , tak pon ACTIFED, CLARINASE, advance punya LORATADINE 5mg BD
  • COUGH - pakai jer benadryl
  • YANG Paling PENTING kena sentiasa minum air dengan secukupnya
KOMPLIKASI
  • QUINSY (peritonsilar abcess "nanah dalam tonsil")
  • Septicemia
  • Pneumonia "jangkitan kuman dalam paru paru)
  • Otitis Media
  • Rheumatic fever / Glomerulonephritis (jarang)

QUINSY

penyakit ini disebabkan komplikasi tonsilitis iaitu nanah di dalam tonsil. INI EMERGENCY
apa yang anda perlu tahu ialah kes ini perlu dibedah  INCISIONAL AND DRAINAGE (buang nanah)
kalau tak komplikasi yang lebih teruk anda akan terima






ps:// kat seminggu tak update ...sibuk memanjang... doc fairuz kalo ko jumpo patient ko tuh cakap jnagn jumpo bomoh ... bomoh tak leh wat ape ...mengarut jerr lebih hehehe


Saturday, October 30, 2010

Kayap

Herpes zoster?. Jarang digunakan dalam bahasa kita, yang biasa kedengaran ialah Kayap dalam bahasa orang putih Zona tau Shingles. Orang dulu dulu percaya kalo kayap bertangkup dia mati. Tanggapan tuh salah sama sekali.

Penyakit ini disebabkan oleh satu virus bernama Herpes Zoster. Virus ini adik beradik ngan Vericella Zoster(chicken pox), dan herpes simplex tapi symptoms meraka berlainan.

gambar virus yang dibesarkan sebanyak 150000x penglihatan manusia


Simptoms anda akan alami
  • deman
  • sakit sakit tubuh
  • sakit kepala
  • rasa ade kepanasan pada urat urat kebiasaan pada tubuh
  • gatal
  • pedih dan sakit sampai anda tak mahu pakai baju kerana sentuhan dengan baju pun anda akan rasa sangat pedih
  • rasa hilang sensasi pada kawasan berkenaan
  • kemerahan dan timbul macam air pada permukaan kulit
Imej imej Kayap
  
hari pertama
hari kedua   
hari keempat dan keenam
hari ketujuh dan kelapan




kawasan yang senang dijangkiti
inilah orang kata macam tali pingang tuh


RAWATAN
Matlamat seorang doctor untuk penyakit ini bukan untuk menghilangkan penyakit ini kerana penyakit ini hanya dilawan oleh antibodi seseorang. Jadi APA MATLAMAT doc?. Apa seorang doctor itu perli buat ialah MENGAWAL KOMPLIKASI PENYAKIT INI iaitu:-
  • Neuropathy (kehilangan deria)
  • Polynueritis (inflamasi pada deria)
  • Paralysis (hilang upaya untuk bergerak)
  • Meningitis (keradangan otak)
Ubatan yang diberi doktor ialah
  • T.Acyclovir 800mg 5 kali sehari selama seminggu
  • T. Gabapentin 300mg untuk neuropaties
  • untuk tahan sakit pilih yang terbaik iaitu T. Arcoxia 90 atau 120mg jangan pilih yang cikai cam voren memang tak makan dek tubuh 

ps:// mase student dulu pernah kena memang sakit sangat sampai MC 4 ari hehehe sekarang dah ilang  :P

Thursday, October 28, 2010

ECG.. sangat senang

ELECTROCARDIOGRAM
Electrocardiogram atau ECG/EKG adalah satu graph yang menunjukkan perjalanan jantung anda. Ia terdiri daripada P Q R S T, dan setiap huruf menunjukkan sesuatu berlaku pada jantung anda.



  • R-R interval - interval between R wave and R wave. Ia menjukkan denyutan jantung anda selama 1 minit dan durasinya ialah antara 0.6-1.2 sec
  • P wave - menunjukkan elektrik bergerak dari SA node pergi ke AV node sambil menjalar ke atrium kanan dan kiri (atrial depolarization) durasinya ialah 80ms
  • P-R interval - adalah masa pergerakan elektrik dari SA node pergi ke AV noce dan memasuki Ventricle kanan dan kiri. durasinya ialah 120-200ms
  • P-R segment - adalah masa yang diperlukan elektrik bergerak dari AV node ke Ventricles melalui Purkinjee Fibre
  • QRS complex - adalah masa depolarisasi Ventricle Kanan dan Kiri. durasinya 80-120ms
  • T wave - adalah masa yang diambil oleh Ventricles untuk repolarisasi



ps:// Masa student malas nak study ECG masuk houseman selalu kena hentam ngan MO sebab tak tau ECG

Wednesday, October 27, 2010

Botox® ... pengunaannya HALAL atau HARAM?

Botox® nama kormesilnya atau nama generiknya ialah Botolinum Toxin A.
Muzakarah majlis fatwa kebangsaan kali ke-74 bermula pada 25 hingga 27 Julai 2006 telah memutuskan bahawa suntikan Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya Botox adalah haram digunakan kerana ia didapati mengandungi bahan-bahan yang meragukan dan bersifat najis.




apa sebenarnya botox tau botulinum toxin ia dihasilkan oleh Clostridium Botulinum sejenis bacteria yang sememang terkenal dengan NUEROTOXIN. Pada masa dahulu ia digunakan untuk penghasilan produk makanan yang berasaskan daging contohnya pembuatan sosej dimana ia akan melembutkan daging daging keras dan senang untuk membentuk menjadi sosej dan burger.


Seperti dimaklumkan oleh Majlis Fatwa pengunaannya Haram selain DARURAT.


Contoh Keadaan DARURAT ialah:  

  1. strabismus (squint) "mata tak sama"
  2. blepharospasm "penyakit selalu berkelip mata setiap saat mesti berkelip"
  3. cervical dystonia (torticolis) "penyakit keras tengkak"
  4. upper motor neuron syndrome contohnya ceberal palsy with spasticity, stroke, parkinson, dan multiple sclerosis
  5. severe hyperhidrosis "penyakit kuat berpeluh dok dalam aircond pon berpeluh"
  6. Achalasia "otot salur makanan tersepit kecil"
  7. hyperactive bladder "biasa dalam budak kecik yang selalu nak kecing"
strabismus
Torticolis
Ceberal Palsy with Spasticity

Kosmetik macam mana??... HARAM
Pengunaan BOTOX dalam kosmetik dari segi hukum islam ia adalah haram, kebanyakkan agama pon melarang mengubah kejadian manusia itu sendiri. Disamping itu juga ia masih tidak HALAL kerana ada beberapa bahan dalam kandungan itu sendiri meragukan.

Diharap anda semua faham yerk...

ps:// kat kelantan ramai pakai botox ...esp mak mak datin.. sapa bukak klinik nih kaya wooo




Monday, October 25, 2010

Menopause... apa anda perlu buat?

Bila anda bernama perempuan... perkataan haid, datang bulan, period lari, dan entah apa apa lagi la

MENOPAUSE jarang di bincang oleh perempuan even dorg dah masuk 40. Adakah anda bersedia?

apa itu menopause? secara ringkasnya ialah pembehentian haid selama 12 bulan ia disebabkan penghabisan fungsi ovari dimana ia memberhentikan proses penghasilan telur dan mengucar kacir sistem hormon wanita dalam badan iaitu estrogen dan progesteron

premanopause- tahun dimana ia akan mengalami menopause. pada masa ini wanita akan mengalami sedikit sebanyak simptom menopause

perimenopause- wanita itu sedang berada dalam bulan bulan diantara bulan menopause. Pada masa ini wanita tersebut memang sangat susah untuk menangani masalah simptom menopause. Hormon estrogen dan Progesteron dalam badan wanita tersebut menjadi kucar kacir.

menopause- setelah setahun wanita itu tidak mengalami haid

postmenopause- wanita sudah melengkap kita menopause iaitu setahun dan hormon FSH sangat tinggi dalam badan. kebiasaan wanita pada masa ini jarang mengalami simptom menopause tetapi sangat berisiko tinggi untuk mendapat penyakit penyakit lain contoh osteoporosis, dan penyakit jantung etc

kebanyakan wanita akan mengalami simptom menopause semasa penghujung 40 atau awal 50. Contoh contoh simptom menopause

FLUCTUATION OF ESTROGEN (KENAIKAN DAN PENURUNAN estrogen)
- kulit menjadi kasar (kering)
- mood anda bertukar
- senang jadi pemarah
- kulit kemerahan (HOT FLUSH)
- gatal-gatal pada kulit
- Migraine
- berdebar debar
- penipisan vulva, vagina , cervix menyebabkan anda akan rasa sakit bila melakukan seks
- sakit sakit belakang dan seluruh tubuh
- pengecilan buah dada
- lupa ingatan
- sukar untuk tidur
- depression
- kesakitan semasa seks
- kurang nikmat seks.



Apa yang perlu anda buat semasa mengalami menopause
- mendapat bentuk badan yang sihat BMI (jadi kena exercise la)
- mengawal pemakanan iaitu kena makan makanan berkhasiat kurang lemak, kurang garam, kurang gula, ect
- STOP SMOKING!!!!!
- jada kecing manis, darah tinggi, kolesterol jika anda ada penyakit tersebut

RAWATAN.

HRT (Hormone Replacement Therapy)
- estradiol valerate 2mg/day
- estradiol 2mg/day
- masalah akan timbul dari rawatan ini adalah endometrial hyperplasia (sejenis kanser benign"tak aggarasive") ia disebabkan kurang nya progesterone
- jadi untuk HRT anda perlu ambil jenis combine "capuran progesteron dan estrogen"

kebaikan HRT bagus untuk menghilang simptoms menopause. HRT ada pelbagai cara iaitu
- oral "ubat" Kombinasi estrogen dan progesteron
- tampalan "patch"
- implant "jenis tanaman" tapi jenis ini hanya terdapat estrogen sahaja belum ada jenis kombinasi lagi
- Transvagina cream (jenis sapu pada vagina) bagus jika anda masih aktif seks.

Tuesday, October 19, 2010

Ketumbit..(Chalazion)


common tengok benda nih kan ... kebanyakan banyak kena benda nih .. 


chalazion tau orang kita panggil ketumbit orang tua kata banyak mengintai orang mandi. betullah orang tua kate benda tuh sebab sekarang ini orang intai orang via web porn site dulu dulu orang intai kat lubang kecik pada jamban kat lubang tuh banyak kuman sebab tuh la leh dapat benda cam nih..


ia sebenarnya cyst kelopak mata yang disebabkan inflamasi pada kelopak mata itu dan seterusnya berlaku penyumbatan pada kelenjar meibornian

simptoms yang anda alami
  • bengkak mata (that's for sure)
  • sakit tak leh nak sentuh tau bukak mata
  • sensitif pada cahaya
  • air mata banyak keluar
  • mata rasa berat

rawatan
  • CMC eye drop or
  • Fucidic eye Drop 
  • pain killer
  • sometime can use dexa eye drops untuk control bengkak dan air mata
  • genta ointment also good